SME-UNIVERSITY INTERNSHIP 2015 - PENYERTAAN KINI DIBUKA
Berminat mempraktikkan diri menjadi konsultan muda perniagaan? Tertarik untuk menunjukkan bakat konsultasi keusahawanan anda dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebenar?

Pelajar UM sekalian,

Program SME-University Internship 2015 kini dibuka. Program tajaan SME Corp dengan kerjasama University of Malaya Entrepreneurship (UMEC) ini akan diadakan pada Mac 2015 selama 3 bulan (jadual boleh dipinda). Justeru, UMEC ingin mencari mahasiswa UM yang berani dan berkeyakinan dalam mempraktikkan ilmu keusahawanan dengan menjadi perunding perniagaan PKS terpilih yang sememangnya memerlukan khidmat anda. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar seluruh fakulti (tahun 2,3 atau 4 sahaja).

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
  • Durasi program : 3 bulan (flexible)
  • Minimum 16 jam sebulan wajib diperuntukkan untuk aktiviti program ini bagi setiap ahli
  • Program ini adalah program berkumpulan ( 4 -6 ahli satu kumpulan). Namun pelajar yang mendaftar secara persendirian, pihak UMEC akan gabungkan bersama ahli lain. Setiap kumpulan akan jadi perunding perniagaan bagi PKS (perusahaan kecil dan sederhana) yang berlainan.
  • Penasihat dari UM dan SME Corp. akan 'coach' bagi setiap kumpulan
  • Elaun setiap bulan akan diberi
Anda boleh menonton video SME-University Internship seperti link dibawah :-

dan galeri foto program SME-University Internship 2103 di http://umec.um.edu.my/gallery.html

Emel nama, no. matrik, no. ic, fakulti dan nombor telefon bimbit anda ke maryam.fadzlina@um.edu.my. Atau hubungi kami di talian 03-7967 7793/7783 (Puan Maryam) untuk maklumat lanjut. Pelajar Fakulti Perniagaan dan Perakaunan amat diperlukan.

Cepat, penyertaan adalah terhad. jangan lepaskan peluang ini.