• Welcome to MyUM
logo
logo

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Shell Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengadakan pertandingan #ShellSelamatSampai Varsity Challenge (#SSSVC). Untuk makluman #SSSVC ini telah diperkenalkan sejak pada tahun 2017 yang disediakan oleh Shell Malaysia kepada universiti untuk memperkasakan para pelajar dalam menghasilkan projek intervensi inovatif dalam mengurangkan masalah keselamatan jalan raya.  

Sehubungan dengan itu, para pelajar Universiti Malaya dialu-alukan untuk menghantar penyertaan dalam untuk menyertai pertandingan ini. Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu membuat pendaftaran melalui laman sesawang  http://bit.ly/NXplorers2021  Para pelajar juga boleh mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini di pautran https://t.me/joinchat/EtBXf2iaPRRiY2I1

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi En. Muhammad Nazri bin Mohamad Ali (Pengurus Operasi Program) di talian 017-604 8006 atau e-mel: nazri@paluansejati.com.