Welcome to MyUM

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN UM (13 JAN – 26 JAN 2021)

Selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin mengenai keputusan Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 13 hingga 26 Januari 2021, berikut adalah langkah-langkah yang diambil dalam memastikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Universiti Malaya.

1. Pengurusan Aktiviti Pelajar dan Penginapan di dalam Kampus

  1. Semua pelajar perlu kekal berada di kampus.
  2. Pelajar yang berada di dalam kampus tidak dibenarkan untuk keluar dari kampus sepanjang tempoh PKP (bermula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 - 26 Januari 2021).
  3. Pelajar luar kampus yang mempunyai urusan di dalam kampus hendaklah membuat permohonan memasuki kampus kepada pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP).
  4. Pelajar yang telah pulang ke kampung halaman tidak dibenarkan pulang ke kampus dalam tempoh PKP ini.

2. Pengurusan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

  1. Kesemua aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan secara atas talion seperti yang telah dijadualkan.
  2. Kesemua pengajaran dan pembelajaran bersemuka perlu ditangguhkan dalam tempoh ini.

3. Pengurusan Aktiviti Penyelidikan

  1. Aktiviti penyelidikan yang kritikal sahaja yang boleh dijalankan, dengan pematuhan kepada SOP berserta kelulusan TNC (Penyelidikan dan lnovasi).
  2. Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj) dan Penyelidik Utama hendaklah menjadualkan aktiviti penyelidikan dan membuat pemantauan berterusan.

4. Kakitangan

  1. Hanya 30 peratus pekerja dibenarkan berada di pejabat pada satusatu masa.
  2. Ketua PTj perlu meluluskan kebenaran untuk bekerja di pejabat, dan juga perlu menyelaras staf yang bekerja dari rumah.
  3. Penjadualan perlu dilakukan bagi kerja dan tugasan berkaitan kepentingan universiti yang memerlukan keberadaan staf di dalam kampus.
  4. Staf yang Bekerja Dari Rumah (BDR) hendaklah mengisi log kerja harian dan mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan di UMTouch setiap hari.
  5. Pelaksanaan mesyuarat perlu dilaksanakan secara dalam talian atau medium elektronik yang bersesuaian.
  6. Aktiviti yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti persidangan, seminar dan kursus adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP.

5. Kawalan Laluan Keluar Masuk Kampus

  1. Hanya pintu utama Kuala Lumpur dan Petaling Jaya sahaja akan dibuka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
  2. Setiap staf/ pelajar/ pelawat/ kontraktor yang hendak memasuki kampus perlu menunjukkan surat kebenaran/ dokumen sokongan/kad pelajar di pintu utama sebelum dibenarkan masuk kampus.
  3. Perkhidmatan penghantaran makanan seperti Grab/FoodPanda dan lain-lain dibenarkan masuk ke kampus.

6. Pengurusan Kontraktor

  1. Semua kontraktor hendaklah mendapat kebenaran daripada TNC Pembangunan untuk memasuki kampus bagi menjalankan sebarang kerja atau perkhidmatan di dalam kampus sepanjang tempoh PKP.
  2. Kehadiran pekerja pembersihan adalah dibenarkan untuk memastikan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dapat dijalankan dengan sepenuhnya sepanjang tempoh PKP.
  3. Pemantauan hendaklah dijalankan oleh pihak PTj dan JPPHB bagi memastikan pematuhan kepada SOP.

7. Operasi Perkhidmatan

  1. Semua kafeteria di dalam kampus dibenarkan beroperasi mengikut keperluan dan perlu mematuhi SOP.
  2. Pelanggan tidak dibenarkan untuk makan di kafeteria dan hanya dibenarkan membungkus (take away) sahaja.
  3. Perpustakaan, Muzium, Galeri dan semua tempat lawatan umumditutup sepenuhnya dalam tempoh PKP.

8. Aktiviti Sukan Dan Riadah

  1. Semua fasiliti sukan di dalam universiti ditutup sepanjang tempoh PKP.
  2. Aktiviti berjalan, berjogging dan berbasikal dengan mengambil kirapenjarakan fizikal 2 meter adalah dibenarkan.
  3. Aktiviti sukan yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai tidakdibenarkan sepanjang tempoh PKP.

9. Penguatkuasaan

  1. Ketetapan ini hendaklah digunapakai sepenuhnya oleh semuapremis di bawah pentadbiran UM dan dibaca bersekali denganarahan yang dikeluarkan oleh MKN/KKM dan KPT.
  2. Sebarang pemakluman tambahan berkaitan perkara ini akandikeluarkan daripada semasa ke semasa.

Seperti yang disarankan YAB Perdana Menteri, semua warga kampus haruslah sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. lni adalah tanggungjawab kita bersama bagi memastikan rantaian wabak ini diputuskan dan wabak COVID-19 terkawal.

Pengumuman dan maklumat akan dikeluarkan melalui e-mel rasmi dan laman media sosial rasmi UM dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan UM, boleh hubungi talian hotline 03-7967 3216.

Didoakan agar kita semua dipelihara dari wabak COVID-19 dan usaha kita diberkati Allah SWT.

Sekian, terima kasih.