• Welcome to MyUM
logo
logo
Bermula Semester 2 Sesi 2019/2020, Universiti Malaya telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian sepenuhnya di mana pelajar dapat meneruskan pengajian tanpa perlu berada di kampus. 

Prihatin terhadap kebajikan para pelajar, Universiti melalui inisiatif Bantuan UM Prihatin telah memutuskan supaya pengurangan Yuran Perkhidmatan Universiti sebanyak RM120.00 per semester diberikan kepada pelajar warganegara dan bukan warganegara bagi tiga (3) semester iaitu Semester 2 Sesi 2019/2020 serta Semester 1 & 2 Sesi 2020/2021. Yuran perkhidmatan tersebut merangkumi Sukan dan Rekreasi, Perpustakaan, ICT dan Kesihatan/Kebajikan.

Jumlah keseluruhan pengurangan yuran ini adalah sebanyak RM2.7 juta bagi setiap semester yang melibatkan seramai lebih daripada 22,000 pelajar. 

Ia merupakan salah satu daripada 11 inisiatif Bantuan UM Prihatin yang mula disediakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 di seluruh negara. 

Universiti akan senantiasa mengutamakan kebajikan para pelajar dalam mendepani cabaran normal baharu mutakhir ini.  Sama-sama kita berdoa agar penularan COVID-19 ini akan segera berakhir supaya kita dapat kembali menjalankan kehidupan kampus seperti sediakala. 

Sekiranya terdapat pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang pengurangan yuran ini, boleh hubungi Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar & Kolej, Jabatan Bendahari di talian +603-7967 3289 atau melalui e-mel kepada bursar_student@um.edu.my.

Terima kasih.


Pejabat Komunikasi Korporat
Universiti Malaya


Dikeluarkan pada 16 Oktober 2020.