• Welcome to MyUM
logo
logo

Salam Sejahtera Pelajar Universiti Malaya (UM) yang dihormati; 

Sukacita dimaklumkan bahawa tiga (3) garis panduan ICT telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan telah diluluskan pada 29 Disember 2022. Salah satu garis panduan yang diluluskan ialah  Garis Panduan Penggunaan Emel dan Garis Panduan Peranti Mudah Alih (PMA).  

Garis panduan ini adalah terpakai kepada pelajar dan staf UM adalah bertujuan untuk menyeragamkan perkara-perkara berkaitan akaun emel rasmi UM. Ia juga bertujuan mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam era digital di samping meningkatkan produktiviti dalam pentadbiran di dalam penggunaan peranti. PMA seperti tablet, ipad dan telefon pintar telah menjadi peranti utama dimiliki oleh staf dan pelajar pada masa kini.   

Oleh yang demikian, disertakan pautan bagi garis panduan seperti dibawah :-

  1. Garis Panduan Penggunaan Peranti Mudah Alih (PMA)
  2. Garis Panduan Penggunaan Emel
     

Sebarang pertanyaan berhubung garis panduan ini boleh dibuat menerusi portal UM Helpdesk (http://helpdesk.um.edy.my). 

Sekian, terima kasih