• Welcome to MyUM
logo
logo
Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar ijazah pertama (warganegara) bahawa permohonan Biasiswa Zakat Universiti Malaya 2021 kini telah dibuka.

Syarat – syarat am permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon, ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia; 
  2. Pemohon telah mengikuti sekurang-kurangnya 1 semester pengajian sepenuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau 1 peringkat pengajian bagi pemohon yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pergigian;
  3. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian;
  4. Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa);
  5. Pendapatan isi rumah (ibu dan bapa) hendaklah tidak melebihi RM4,500.00 sebulan.

Kaedah permohonan dan cara serahan (submission) softcopy documents boleh dibuat melalui google form yang juga telah disediakan di dalam dokumen Tawaran Biasiswa Zakat Universiti Malaya.

Tempoh permohonan adalah dari 20 Mac hingga 2 April 2021.

Muat turun dokumen Tawaran Biasiswa Zakat Universiti Malaya di sini.

Warm Regards,
SCHOLARSHIP & SPONSORSHIP UNIT
Academic Administration & Service Center (AASC)
Examination Building
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel : 03-7967 6996