• Welcome to MyUM
logo
logo

Biasiswa Tan Sri Hashim Yeop Sani menawarkan DUA (2) biasiswa untuk pembiayaan penuh yuran pengajian bagi program Ijazah Sarjana Muda. Biasiswa ini terbuka kepada pelajar Tahun 1 Sesi 2021/2022 dari Fakulti/ Akademi berikut:

 
  • Fakulti Bahasa & Linguistik
  • Fakulti Perniagaan & Ekonomi
  • Fakulti Kejuruteraan
  • Fakulti Pendidikan
  • Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
  • Fakulti Sastera & Sains Sosial
  • Fakulti Sains
  • Fakulti Undang-Undang
  • Fakulti Seni Kreatif
  • Akademi Pengajian Islam
  • Akademi Pengajian Melayu
 

Kriteria Kelayakan :

 
  1. Rakyat Malaysia berusia bawah 25 tahun.  
  2. Pelajar berdaftar bagi program Ijazah Sarjana Muda dari fakulti yang ditetapkan;  
  3. STPM/Asasi Sains/Matrikulasi/Diploma(CGPA sekurang-kurangnya 3.00); atau 3A’s bagi program A-Level;  
  4. Pelajar daripada golongan B40 atau pendapatan isi rumah kasar RM 3,000 dan ke bawah;  
  5.  Aktif dalam aktiviti kokurikulum, sukan dan perkhidmatan komuniti;  
  6. Memiliki kualiti kepimpinan yang baik melalui pelbagai jawatan yang disandang semasa di sekolah / universiti / komuniti;  
  7. Tidak menerima sebarang tajaan/ biasiswa daripada mana mana institusi/ agensi kerajaan/ swasta yang lain semasa permohonan dibuat.
 

Tarikh tutup permohonan: 10 Februari 2022

 

Pelajar yang ingin memohon hendaklah melengkapkan borang permohonan dan menghantar SECARA ATAS TALIAN dan klik di pautan yang disediakan dan kemukakan sebelum atau pada 10 Februari 2022. Untuk permohonan sila gunakan siswamail untuk borang permohonan tersebut:: klik disini

 

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Sekretariat Biasiswa Tan Sri Hashim Yeop Sani
Pusat Hubungan Alumni & Kemajuan Institusi (CARIA)
03-79677803/4430 atau email kepada caria@um.edu.my