• Welcome to MyUM
logo
logo

Biasiswa Universiti Malaya Salihu Saburhan telah ditubuhkan pada tahun 2020 oleh Tn. Haji Abu Salihu (Alumnus UM, Bekas Presiden Kesatuan Pelajar dan UM Court Member) sebagai tanda peringatan dan penghormatan kepada ibu beliau, Allahyarhamah Pn. Saburhan. Tujuan utama biasiswa ini adalah untuk memberikan bantuan kewangan kepada pelajar Universiti Malaya yang layak, terutamanya yang berketurunan India Muslim. 

 

Biasiswa Salihu Saburhan menawarkan SATU (1) biasiswa untuk pembiayaan penuh yuran pengajian bagi program Ijazah Sarjana Muda. Biasiswa ini terbuka kepada pelajar Tahun 1 Sesi 2021/2022 dari program akademik berikut sahaja:  

 
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi

  • Pengkhususan Ekonomi sahaja

 

Kriteria Kelayakan :

 
  1. Rakyat Malaysia berusia bawah 25 tahun. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar berketurunan India Muslim.  

  2. Pelajar berdaftar bagi program Ijazah Sarjana Muda dari fakulti yang ditetapkan;  

  3. STPM/Asasi Sains/Matrikulasi/Diploma(CGPA sekurang-kurangnya 3.00); atau 3A’s bagi program A-Level;  

  4. Pelajar daripada golongan B40 atau pendapatan isi rumah kasar RM 3,000 dan ke bawah;  

  5.  Aktif dalam aktiviti kokurikulum, sukan dan perkhidmatan komuniti;  

  6. Memiliki kualiti kepimpinan yang baik melalui pelbagai jawatan yang disandang semasa di sekolah / universiti / komuniti;  

  7. Tidak menerima sebarang tajaan/ biasiswa daripada mana mana institusi/ agensi kerajaan/ swasta yang lain semasa permohonan dibuat.

 

Tarikh tutup permohonan: 10 Februari 2022

 

Pelajar yang ingin memohon hendaklah melengkapkan borang permohonan dan menghantar SECARA ATAS TALIAN dan klik di pautan yang disediakan dan kemukakan sebelum atau pada 10 Februari 2022. Untuk permohonan: <KLIK DISINI>

 

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Sekretariat Biasiswa Salihu Saburhan
Pusat Hubungan Alumni & Kemajuan Institusi (CARIA)
03-79677803/4430 atau email kepada caria@um.edu.my