Increase text size Restore default font-sizes Decrease text size
COVID-19: PERANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) EmailConvert to pdf

Selaras dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada 14 April 2020, adalah dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan Universiti telah bersetuju untuk meminda Kalendar Akademik bagi Semester 2, Sesi Akademik 2019/2020 seperti berikut:

KALENDAR PENGAJIAN SESI AKADEMIK 2019/2020

SEMESTER 2

Kuliah

5 minggu

17.02.2020 - 22.03.2020

Cuti Pertengahan Semester 2

5 minggu

23.03.2020 - 26.04.2020

Kuliah*

9 minggu

27.04.2020 - 28.06.2020

Peperiksaan Akhir Semester 2

2 minggu

29.06.2020 - 12.07.2020

 

21 minggu

 

CUTI TAHUNAN

Cuti

8 minggu

13.07.2020 – 06.09.2020

SEMESTER KHAS

(KHUSUS UNTUK PELAJAR BERGRADUAT SAHAJA)

Kuliah*

7 minggu

13.07.2020 - 30.08.2020

Peperiksaan Akhir Semester Khas

1 minggu

01.09.2020 - 06.09.2020

 

8 minggu

 

 

* Nota: Mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sepenuhnya secara atas talian

Dengan pindaan ini, adalah ditekankan bahawa Cuti Pertengahan Semester dipanjangkan sehingga 26 April dan kuliah akan bermula balik pada 27 April 2020 bagi semua program kecuali program Asasi, MBBS dan BDS (Kalendar Akademik bagi program-program ini akan dikeluarkan kemudian).

Keputusan ini diambil bagi menurut saranan Kementerian Pengajian Tinggi yang bertujuan untuk memastikan pelajar mempunyai masa untuk balik ke kampus secara berperingkat setelah tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Untuk makluman, survei yang dikendalikan tempoh hari menunjukkan bahawa masih ada sebahagian pelajar yang tidak mempunyai akses kepada internet dari rumah kediaman masing-masing. Semua mod pengajaran dan pembelajaran akan terus dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian (eLearning), virtual dan lain-lain kaedah penyampaian alternatif. Pihak Universiti akan berusaha untuk memastikan pelajar tidak akan ketinggalan atas sebab masalah akses kepada penyampaian PdP. Penundaan tarikh bermula kuliah ini akan dapat memberi masa untuk mendapatkan penyelesaian bagi mengatasi perkara ini.

Kursus yang dikendalikan dalam Semester Khas akan ditawarkan hanya kepada pelajar yang akan bergraduat pada Sesi Konvokesyen 2020.

Kerjasama semua staf dan pelajar UM adalah diharapkan agar dapat mengambil perhatian dan tindakan kepada perkara-perkara berikut:

1.    Mod pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian (eLearning)

Mod pengajaran dan pembelajaran (PnP) akan terus dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian (eLearning), virtual atau lain-lain kaedah yang bersesuaian bermula 27 April 2020 sehingga akhir Semester 2, Sesi Akademik 2019/2020. Selain akses dan penggunaan e-Learning yang meluas melalui platform SPeCTRUM yang disediakan oleh pihak Universiti, staf akademik dan pelajar boleh turut menggunakan kemudahan digital platform yang lain seperti aplikasi Skype for business, Zoom, Webex, Microsoft 365, Microsoft Teams, YouTube, Facebook, Instagram dan sebagainya.

2.    Kaedah Penilaian Alternatif

Fleksibiliti diberikan dalam menggunakan kaedah penilaian yang bersesuaian. Kaedah penilaian yang lain (penilaian alternatif) digalakkan iaitu daripada secara bersemuka kepada secara tidak bersemuka. Beberapa contoh adalah seperti online quiz, refleksi pembelajaran (learning reflection), rekaan infographic, penghasilan video pendek, open book exam, portfolio of works, dan sebagainya. Selain itu, tugasan boleh dihantar melalui platform SPeCTRUM dan / atau email mengikut keperluan.

Kaedah penilaian yang dikendalikan perlu dapat menilai kemampuan pelajar pada akhir kursus selaras dengan hasil pembelajaran yang berkaitan.

3.    Penggunaan Kaedah Penilaian Peperiksaan Akhir yang Berbeza Bagi Semester 2, Sesi 2019/2020

(1)    Fleksibiliti diberikan untuk melaksana penilaian peperiksaan akhir (summative assessment) secara tidak bersemuka (non face-to-face) dengan menggunakan kaedah penilaian yang berbeza yang tidak terikat kepada tempoh peperiksaan akhir Universiti seperti yang ditetapkan dalam kalendar pengajian.

(2)    Pelaksanaan peperiksaan akhir secara bersemuka (face-to-face) boleh diteruskan bagi kursus yang mempunyai bilangan pelajar berdaftar kurang daripada dua puluh
(20) orang pada tempoh peperiksaan akhir Universiti. Ini akan dilaksanakan mengikut prosedur yang perlu dipatuhi dari semasa ke semasa berdasarkan ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pengurusan Universiti.


4.    Keputusan Gred I

(1)    Bagi kursus yang berbentuk praktikal/makmal, pelajar/calon yang tidak dapat menyempurnakan sebahagian keperluan kursus atas sebab di luar kawalan pelajar/calon, pemberian gred I boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pemeriksa PTj

(2)    Pelajar/calon boleh dibenarkan menyempurnakan sebahagian keperluan kursus berkenaan tidak melewati minggu kuliah kelima belas (15) pada semester biasa berikutnya. Pelajar/calon tidak akan dikenakan yuran.


5.    Pelaksanaan Peperiksaan Lisan Viva Voce

Selaras dengan peruntukan dalam Kaedah & Peraturan Universiti Malaya bagi Ijazah Kedoktoran dan Ijazah Sarjana, 2019, peperiksaan lisan viva voce bagi mana-mana calon Ijazah Tinggi boleh dikendalikan secara atas talian sepenuhnya oleh PTj.


6.    Penyerahan tesis / disertasi / laporan penyelidikan oleh calon untuk tujuan peperiksaan dan pengijazahan

(1)    Keperluan penyerahan dokumen tesis / disertasi / laporan penyelidikan hendaklah berdasarkan kepada Panduan Penyediaan Laporan Penyelidikan, Disertasi dan Tesis 2017. Walau bagaimanapun, dengan mengambilkira keadaan semasa, tesis/disertasi/laporan penyelidikan dibenarkan serahannya dalam bentuk digital (bentuk PDF) termasuk mana-mana borang dan dokumen sokongan lain kepada PTj untuk tujuan peperiksaan atau peperiksaan semula. Dengan kelonggaran ini, adalah dijangka akan dapat memudahkan dan mempercepatkan proses peperiksaan.

(2)    Namun, setelah tempoh PKP ditamatkan oleh pihak Kerajaan, calon hendaklah mengemukakan dua (2) salinan hard copy tesis / disertasi / laporan penyelidikan kepada PTj masing-masing sebelum Istiadat Konvokesyen Universiti.


7.    Penangguhan Eksesais Penilaian Kursus dan Pengajaran (Course and Teaching Evaluation, CTES)

Pelaksanaan Eksesais Penilaian Kursus dan Pengajaran (PKP) (Course and Teaching Evaluation, CTES) akan turut ditangguhkan. Walau bagaimanapun, staf dan pelajar berpeluang memberi maklum balas mengenai pengendalian aktiviti pengajaran dan

pembelajaran (PdP) yang dijalankan secara atas talian (eLearning) melalui satu survei yang akan dilaksanakan. Penyertaan dalam survei ini adalah secara sukarela. Namun, dapatan survei ini akan dapat membantu Universiti melakukan tindakan penambahbaikan berterusan. Dengan itu, kerjasama dalam mengambil bahagian dalam survei ini amatlah dihargai.


Maklumat berkaitan PdP akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Semua staf dan pelajar UM diharap dapat memberikan perhatian terhadap perkembangan dan pengumuman terkini yang berkaitan.


Profesor Dr. Kamila Ghazali
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) 26 Mac 2020
 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

COVID-19: WAY FORWARD FOR TEACHING AND LEARNING (T&L)
 

In line with the Prime Minister’s official statement regarding the extension of the Movement Control Order (MCO) until 14th April 2020, the University Management has agreed to adjust the Academic Calendar for Semester 2, Academic Session 2019/2020 as follows:

ACADEMIC CALENDAR SESSION 2019/2020

SEMESTER 2

Lecture

5 weeks

17.02.2020 - 22.03.2020

Mid Semester Break Semester 2

5 weeks

23.03.2020 - 26.04.2020

Lecture*

9 weeks

27.04.2020 - 28.06.2020

Final Examination Semester 2

2 weeks

29.06.2020 - 12.07.2020

 

21 weeks

 

SESSION BREAK

Semester Break

8 weeks

13.07.2020 – 06.09.2020

SPECIAL SEMESTER

(FOR GRADUATING STUDENTS ONLY)

Lecture*

7 weeks

13.07.2020 - 30.08.2020

Final Examination, Special Semester

1 week

01.09.2020 - 06.09.2020

 

8 weeks

 

 

* Note: Fully online Teaching and Learning (T&L) mode

Following these amendments to the Academic Calendar, please take note that the Mid Semester Break is to 26 April 2020, and classes will resume on 27 April 2020 for all programmes, except Asasi, MBBS and BDS programmes (the Academic Calendars for these programmes will be issued later).

This decision is made in compliance with the Ministry of Higher Education recommendations aimed at ensuring students travel back to campus in stages and not all at once, when the Movement Control Order is lifted. The recent survey indicates that some students who have travelled back home do not have access to the internet. All modes of teaching and learning will be conducted fully online (e-Learning), virtually and via other alternative methods. The University is taking steps to ensure that students are not left behind due to difficulty accessing T&L delivery. This postponement of classes will allow for time to work out a solution.

Courses offered during the Special Semester will be offered only to students who will be graduating in the 2020 Convocation Session.

All staff and students are requested to take heed of the following:

1.    Online teaching and learning (T&L) mode (e-Learning)

Starting 27 April 2020 until the end of Semester 2, Academic Session 2019/2020, teaching and learning (T&L) will be conducted fully online virtually via e-learning or other appropriate methods. In addition to the University’s official Learning Management System (LMS), SPeCTRUM, academic staff and students may also use other digital platforms, for example Skype for Business, Zoom, Webex, Microsoft 365, Microsoft Teams, YouTube, Facebook, Instagram and others.

2.    Alternative Assessment Methods

Flexibility is allowed to implement appropriate assessment methods. Other assessment methods (alternative assessment) are encouraged, namely, to shift from face-to-face assessments to non-face-to-face alternative methods of assessment. Examples include online quizzes, infographics, short videos, portfolio of works, learning reflections, etc. In addition, assignments can be submitted via SPeCTRUM and / or email, based on students’ needs.

The assessment methods used must be suitable for evaluating students’ abilities at the end of the course, in line with course learning outcomes.

3.    Use of Alternative Assessment Methods for Final Examination, Semester 2, Session 2019/2020

(1)    The University is allowing flexibility to conduct non-face-to-face final assessments for the final examination, i.e. summative assessment, using alternative methods that are not tied to the final examination dates stated in the University academic calendar.

(2)    Face-to-face final examination may be conducted for courses with fewer than 20 registered students. Such examinations will be conducted during the University final examination period and are subject to directives determined from time to time by the Ministry of Health and the University Management.

4.    Grade I

(1)    The faculty Examination Board shall consider awarding the I grade to students/candidates unable to fulfill a part of their course requirement due to reasons beyond their control.

(2)    Students/candidates can be allowed to fulfill part of their course requirements no later than week fifteen (15) week of lectures in the subsequent normal semester. Fees will not be charged for this.


5.    Implementation of the Oral Viva Voce Examination

In line with provisions of University of Malaya (Doctoral Degree) and (Master's Degree) Rules and Regulations 2019, faculties may conduct the oral viva voce examination fully online.


6.    Candidate submission of thesis / dissertation / research report for examination and graduation

(1)    Submission of thesis / dissertation / research report documents must be subject to the Research Report, Dissertation, and Thesis Preparation Guide, 2017. However, taking into consideration the current situation, theses/dissertations/research reports may be submitted to the faculty in digital form (PDF format) including any forms and supporting documents for the purpose of examination or re-examination. This allowance is expected to ease and expedite the examination process.

(2)    Nonetheless, once the Government lifts the MCO, candidates are to submit to the faculty two (2) copies of their hard copy thesis / dissertation / research report, prior to the University Convocation Ceremony.


7.    Postponement of the Course and Teaching Evaluation (CTES) Exercise

The Course and Teaching Evaluation (CTES) exercise will also be postponed. However, staff and students will have the opportunity to give feedback through a survey on the implementation of online teaching and learning (T&L) throughout the semester. Participation in the survey is voluntary. However, findings from the survey will be useful for the University’s continuous improvement efforts, and staff and student cooperation in responding to the survey will be very much appreciated.

Information regarding T&L will be updated from time to time. All staff and students are requested to stay alert for latest developments and announcements.

Professor Dr. Kamila Ghazali
Deputy Vice Chancellor (Academic & International) 26 March 2020

 




Back to News
IMPORTANT NOTES
UM Students ICT Declaration
Application Form : Permission to Travel (Overseas) For UM Students
USEFUL LINKS
 
SERVICES
Wireless Progress Report
UM Library Sticker Online
Online Career Library Customer`s Feedback
SmartCard Online Directional Sign Boards Online
E-Payment (FPX & Credit Card)
QUICK LINKS
Flywire (International Student Epayment) e-Registration for Undergraduate HEP Website
e-Registration for Postgraduate UM Website UM Alumni
Siswa Mail IPS Homepage e-Learning@UM
MyLine UM CTES UM Helpdesk
HEPA Bus Booking
CONTACT US
Any complaints/comments, please fill in at Helpdesk System
 
 
 
Copyright © 2020 Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Privacy Policy  ·   Site Credits  ·   Disclaimer  ·   Security Policy