Increase text size Restore default font-sizes Decrease text size
PELAN LALUAN TRAFIK SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA 2019 EmailConvert to pdf

MAKLUMAN PELAN LALUAN TRAFIK SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA 2019

 

Pada 12 - 16 Oktober 2019 (Sabtu - Rabu) ini, Universiti Malaya akan mengadakan ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA 2019 bagi meraikan graduan-graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka.

Pejabat Keselamatan telah merancang dan akan melaksanakan satu Pelan Laluan Trafik dan  sepanjang tempoh tersebut. Dilampirkan adalah Peta Laluan Trafik Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2019 untuk makluman dan rujukan.

Dijangka jumlah kenderaan yang banyak akan menyebabkan kesesakan lalulintas di Gate Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Simpang KPS dan Simpang hadapan Fakulti Sains. Justeru, warga kampus dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan tidak menggunakan laluan tersebut terutamanya pada waktu puncak (Jam 8.00-9.00 pagi, Jam 1.00-2.00 petang dan 5.00-6.00 petang).

Selain itu, Pejabat Keselamatan juga akan melaksanakan sedikit perubahan laluan di kawasan hadapan Perpustakaan Utama pada 14 - 16 Oktober 2019 (Isnin - Rabu) bermula jam 1700hrs - 1900hrs. 

Perubahan yang akan dilakukan adalah seperti berikut :

 

 

1. Semua kenderaan yang masuk daripada Gate Petaling Jaya akan dihalakan ke laluan belakang Peperiksaan Utama sehingga ke Simpang Fakulti Sains. 

2 Anggota Polis Bantuan Universiti Malaya akan membuat tapisan kenderaan di Simpang Fakulti Sains bagi menghalang kenderaan yang tidak berkenaan daripada melalui kawasan hadapan Dewan Tunku Canselor (DTC).

3. Hanya staf yang mempunyai urusan di sekitar DTC akan dibenarkan untuk melepasi kawasan berkenaan.

4. Staf dan pelajar digalakkan menggunakan laluan lain untuk keluar daripada kawasan kampus sepanjang tempoh 3 hari berkenaan.

5. Gate Jalan Elmu, Gate Seksyen 16 dan Gate Damansara dibuka untuk pelajar dan staf untuk keluar daripada kawasan kampus.

Semua warga kampus juga dinasihatkan mematuhi arahan Polis Bantuan yang bertugas dan mengikut papan tunjuk arah tambahan yang disediakan. Diharapkan semua warga kampus dapat memberi kerjasama dalam pelaksanaan pelan ini bagi memastikan istiadat berlangsung dengan lancar. 


Sekian terima kasih.

 

 




Back to News
IMPORTANT NOTES
Kes Gangguan Seksual
UM Students ICT Declaration
Application Form : Permission to Travel (Overseas) For UM Students
USEFUL LINKS
 
SERVICES
Wireless UM Library
Sticker Online Online Career Library
Customer`s Feedback SmartCard Online
Directional Sign Boards Online E-Payment (FPX & Credit Card)
QUICK LINKS
Flywire (International Student Epayment) e-Registration for Undergraduate HEP Website
e-Registration for Postgraduate UM Website UM Alumni
Siswa Mail IPS Homepage e-Learning@UM
MyLine UM CTES UM Helpdesk
HEPA Bus Booking
CONTACT US
Any complaints/comments, please fill in at Helpdesk System
 
 
 
Copyright © 2020 Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Privacy Policy  ·   Site Credits  ·   Disclaimer  ·   Security Policy