Increase text size Restore default font-sizes Decrease text size
KEBERADAAN PELAJAR DI KAMPUS SEMASA TEMPOH PKPB UM (9 NOV – 6 DIS 2020) EmailConvert to pdf

KEBERADAAN PELAJAR DI KAMPUS SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT UNIVERSITI MALAYA
(9 NOVEMBER – 6 DISEMBER 2020)

Susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020, semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Universiti Malaya masih terus dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya dalam tempoh ini.

Walau bagaimanapun, Universiti memberi kelonggaran kepada pelajar berkeperluan untuk masuk ke kampus mengikut waktu pejabat tertakluk kepada kelulusan Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj). Kategori pelajar yang dibenarkan masuk ke kampus adalah:

  1. Pelajar ijazah tinggi mod penyelidikan yang perlu menyambung penyelidikan dan berkeperluan hadir secara fizikal ke makmal, bengkel, studio reka bentuk atau memerlukan peralatan khusus bagi menjalankan penyelidikan; dan
  2. Pelajar luar kampus yang tiada capaian internet diperlukan atau persekitaran yang kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian serta perlu menggunakan infrastruktur di kampus bagi PdP secara dalam talian.

Notis ini adalah terpakai sehingga 6 Disember 2020 atau sehingga pelaksanaan PKPB tamat tertakluk kepada keputusan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa. Bagi pertanyaan berhubung urusan berkaitan pelajar, sila hubungi Bilik Gerakan Khas COVID-19 Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 03-7967 3216.

Demi keselamatan dan kesejahteraan semua pihak, semua PTj dan para pelajar diminta supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan.
 

Terima kasih.

 

Pejabat Komunikasi Korporat
Universiti Malaya


Dikeluarkan pada 8 November 2020. 
 

================================================

STUDENTS’ PRESENCE ON CAMPUS DURING UNIVERSITI MALAYA CONDITIONAL MOVEMENT CONTROL ORDER 
(9 NOVEMBER – 6 DECEMBER 2020)

Following the implementation of Conditional Movement Control Order (CMCO) in all states in Peninsular Malaysia, except for Perlis, Pahang and Kelantan from 9 November until 6 December 2020, all teaching and learning (T&L) activities in Universiti Malaya shall continue to be conducted fully online during this period. 

However, the University is giving flexibility to students who need to be on campus during office hours, subject to the approval of their Heads of PTjs. The categories of students who are allowed to be on campus are:

  1. Postgraduate students of research mode who are required to resume their research and be physically present at laboratories, workshops, design studios or requiring specialised equipment to conduct their research; and
  2. Off-campus students who do not have sufficient internet access or a conducive environment to carry out T&L online, and need to use the campus infrastructure for online T&L.

This notice is effective until 6 December 2020 or until the CMCO is lifted subject to decisions by the Government from time to time. For inquiries regarding matters related to students, kindly contact the COVID-19 Special Operations Room at the Student Affairs Division at 03-7967 3216. 

In the interest of your safety and wellbeing, all PTjs and students shall comply with the relevant health and safety standard operating procedures at all times.

Thank you.


Corporate Communications Office
Universiti Malaya


Issued on 8 November 2020.




Back to News
IMPORTANT NOTES
UM Students ICT Declaration
Application Form : Permission to Travel (Overseas) For UM Students
USEFUL LINKS
 
SERVICES
Wireless Progress Report
UM Library Sticker Online
Online Career Library Customer`s Feedback
SmartCard Online Directional Sign Boards Online
E-Payment (FPX & Credit Card)
QUICK LINKS
Flywire (International Student Epayment) e-Registration for Undergraduate HEP Website
e-Registration for Postgraduate UM Website UM Alumni
Siswa Mail IPS Homepage e-Learning@UM
FAQ MyLine UM CTES
UM Helpdesk HEPA Bus Booking
CONTACT US
Any complaints/comments, please fill in at Helpdesk System
 
 
 
Copyright © 2020 Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Privacy Policy  ·   Site Credits  ·   Disclaimer  ·   Security Policy