SENARAI NAMA PELAJAR YANG MASIH BELUM MEMBUAT PERMOHONAN UNTUK BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) DI PORTAL BANK RAKYAT

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan/puan, tarikh akhir bagi pelajar membuat permohonan baharu Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT)/ Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2018 di portal Bank Rakyat adalah pada 31 Julai 2018. Sehingga 2 Julai 2018, semakan di peringkat Kementerian mendapati terdapat pelajar yang layak menerima BPPT/BB1M 2018 tetapi masih belum membuat permohonan di portal Bank Rakyat.

3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dimajukan senarai pelajar yang masih belum membuat permohonan. Mohon agar pelajar yang masih belum membuat permohonan agar berbuat demikian dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang masalah timbul di kemudian hari.

4. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

5. Mohon juga kerjasama fakulti untuk membuat hebahan berhubung perkara ini.

Sekian.

 

Muat turun senarai nama pelajar yang masih belum membuat PERMOHONAN untuk BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) di Portal Bank Rakyat :-