PROGRAM GAP YEAR UNIVERSITI MALAYA
Program Gap Year telah diumumkan semasa Majlis Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2017 bagi memenuhi Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu melahirkan graduan holisitik, seimbang dan bercirikan keusahawanan.

Program Gap Year akan dilaksanakan dalam jangka masa setahun untuk pelajar membuat refleksi dan penerokaan diri menerusi program kesukarelawanan, keusahawanan, bersukan dan sebagainya.

Terdapat tiga (3) bentuk program Gap Year yang ditawarkan iaitu:
  1. Gap Year – Kesukarelawanan Khidmat Negara,
  2. Gap Year – Kesukarelawanan; dan
  3. Gap Year – Umum.

Pelajar yang berminat boleh merujuk kepada Garis Panduan Program Gap Year seperti terlampir, borang permohonan di Lampiran 1 dan format kertas kerja program Gap Year di Lampiran 2.
  • Garis Panduan Gap Year 2018
  • Lampiran 1
  • Lampiran 2

Tarikh Pelaksanaan Program Gap Year Sesi 2018/2019

Bil

Perkara

Tarikh

1

JERAYAWARA

16 Mei 2018

2

Tempoh permohonan penyertaan

1 Mac – 6 Jun 2018

3

Pelaksanaan Program Summer Volunteerism

18 Jun 2018 – 31 Ogos 2018

4

Pelaksanaan Program Gap Year Umum

1 Julai 2018 – 31 Mac 2019

5

Pelaksanaan Program Gap Year Khidmat Negara

15 Ogos 2018 – 31 Mei 2019

6

Pelaksanaan Program Gap Year Kesukarelawanan

15 Ogos 2018 – 31 Mei 2019



Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang program ini, sila rujuk @ hubungi pegawai berikut:

Encik Hirman Awang
Ketua
Seksyen Pembangunan Pelajar
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Aras 2, Perdana E, Kompleks Perdanasiswa
Universiti Malaya
Tel: 03-7967 3508
Emel: hirman@um.edu.my