Kes Gangguan Seksual

Tarikh : 3 Disember 2018

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera,

Y. Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

MENCEGAH DAN MENGENDALIKAN KES GANGGUAN SEKSUAL DI UNIVERSITI MALAYA


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Dimaklumkan bahawa Unit Integriti telah membuat edaran hardycopy poster dan brosur Mencegah Dan Mengendalikan Kes Gangguan Seksual di Universiti Malaya ke setiap pejabat Ketua PTj.


3. Bersama-sama ini dikemukakan softcopy poster dan brosur Mencegah Dan Mengendalikan Kes Gangguan Seksual di Universiti Malaya untuk perhatian Y.Bhg. Datuk/Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan.


4. Sehubungan itu sukacita dimohon kerjasama Ketua PTj untuk membuat hebahan mengenai perkara ini kepada semua staf dan pelajar di Pusat Tanggungjawab masing-masing.



Sekian, terima kasih.


Yang benar,

UNIT INTEGRITI
Pejabat Naib Canselor
Aras 9, Bangunan Canseleri
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

Tel : 03-7967 3400/7934/7910/7853
Faks : 03-7955 2975
Emel : integrity@um.edu.my


Sila Klik DISINI untuk muat turun fail

Atau

Imbas Disini