NOTIS PEMOTONGAN ANGGARAN YURAN RM1000 UTK PTPTN
Semua Pelajar Ijazah Dasar di bawah pembiayaan PTPTN,

Adalah dimaklumkan bahawa pelajar telah menerima wang pembiayaan PTPTN pada 3/9/2014 (Rabu) yang lalu. Jabatan Bendahari telah melakukan penolakan yuran seperti berikut:
  1. Pelajar kemasukan Sesi Akademik 2012/2013 dan sebelum, anggaran sebanyak RM1,000 untuk Yuran Pengajian dan jumlah sebenar untuk Yuran Penginapan.
  2. Pelajar sesi kemasukan Sesi Akademik 2013/2014, jumlah Yuran Pengajian per semester mengikut program masing-masing dan jumlah sebenar untuk Yuran Penginapan
Anggaran penolakan ini dilakukan berikutan tempoh pendaftaran yang masih berlangsung sehingga 21/9/2014 (Ahad). Sehubungan dengan itu, pelajar dinasihatkan menyemak penyata akaun di MYUM bermula minggu ke-4 Kalendar Akademik bagi semester 1 2014/2015 bagi memastikan Yuran Pengajian sebenar yang di caj (berdasarkan jumlah jam kredit yang didaftarkan). Sila ambil maklum bahawa:

  1. Jika jumlah penolakan PTPTN adalah kurang daripada jumlah yuran sebenar, pelajar dikehendaki menjelaskan baki tunggakan kepada Universiti atau;
  2. Jika jumlah penolakan PTPTN adalah melebihi jumlah yuran sebenar, Jabatan Bendahari akan memulangkan wang tersebut kepada pelajar.

Terima kasih.

KETUA PENOLONG BENDAHARI
BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR
JABATAN BENDAHARI
5 SEPTEMBER 2014


**Untuk maklumat lanjut, sila klik SINI.