PENUTUPAN GATE SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

Warga Kampus yang dihormati,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa bagi meningkatkan kawalan keselamatan kampus sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, semua gate akan ditutup pada 27Julai (Ahad), 28 Julai (Isnin) dan  29 Julai 2014 (Selasa) KECUALI Gate Kuala Lumpur.

Hanya Gate Kuala Lumpur dan Gate Petaling Jaya akan dibuka dari  30 Julai (Rabu) hingga 3 Ogos 2014 (Ahad).

Semua gate akan beroperasi seperti biasa pada 4 Ogos 2014 (Isnin).

Kami memohon maaf  terlebih dahulu di atas sebarang  kesulitan yang timbul dalam tempoh tersebut.

Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan yang beragama Islam.

Terima kasih.

HAJI YUSOF HARUN
Pengarah
Pejabat Keselamatan
Universiti Malaya