Eksesais Pengujian Wireless Selepas Waktu Pejabat Di Semua Kolej Kediaman Pelajar UM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kehadapan Y.Bhg. Prof/Prof.Madya/Dr/Tuan/Puan,

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan wireless, PTM mengambil inisiatif dengan menjalankan kerja-kerja pengujian wireless selepas waktu pejabat di semua kolejkediaman. Kerja-kerja ini memerlukan staf PTM untuk memasuki semua blok asrama pelajar bagi tujuan pengujian dan penyelesaian masalah wireless. Proses ini akan mengambil masa selama lebih kurang 2-3 jam seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 14 November 2018 (Rabu)
Masa : 7.45 malam sehingga 12.00 tengah malam
Tempat : Semua kolej Kediaman

Tujuan : Untuk preventive maintenance dan pemantauan wireless

 

Oleh itu, kami memerlukan kerjasama daripada pentadbir semua kolej kediaman untuk membenarkan staf PTM memasuki semua blok termasuk blok perempuan selepas waktu pejabat. Sepanjang pengujian dijalankan, diharap seorang penyelia/staf daripada kolej dapat mengiringi staf PTM bagi menggelakkan sebarang masalah.

Diharap melalui eksesais ini, ianya dapat meningkatkan mutu perkhidmatan wireless di Universiti Malaya. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi staf PTM bertugas seperti berikut :

1. En. Izzat : 012-3709793
2. En. Anis : 012-3764676

Kerjasama daripada semua pentadbir kolej amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.