Polisi Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Awam (Public Cloud Computing Service Policy) UM
  1. LATAR BELAKANG
    Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Awam menawarkan beberapa kelebihan seperti penjimatan kos, berprestasi tinggi serta membolehkan penyediaan perkhidmatan yang cepat. Sungguhpun begitu tanpa kawalan, penggunaan perkhidmatan ini boleh meningkatkan risiko kehilangan dan kecurian data, capaian tidak sah, penyalahgunaan data peribadi dan organisasi memandangkan aset serta kemudahan pengkomputeran tersebut berada di luar kawalan organisasi.

    Mesyuarat Jawatankuasa ICT Bil 1/2018 bertarikh 11 April 2018 telah memutuskan agar satu polisi berkaitan penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan awam ini diwujudkan sebagai satu bentuk kawalan bagi mengurangkan risiko terhadap keselamatan maklumat Universiti.

     
  2. TUJUAN
    Polisi ini bertujuan untuk melindungi keselamatan maklumat Universiti berhubung penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan awam.


Untuk keterangan penuh/lebih lanjut, sila muat turun dokumen(pdf) DISINI.