Notis Penyelenggaraan dan Gangguan Perkhidmatan Internet

Dimaklumkan Pusat Teknologi Maklumat akan menjalankan kerja penyelenggaraan terhadap perkakasan rangkaian teras. Butiran kerja adalah seperti berikut: 

Tarikh/Hari :       28 September 2018 (Jumaat)

Masa :                  9:00 PM  – 11:00 PM 

Aktiviti :               Kerja penyelenggaraan oleh pembekal perkhidmatan Internet (ISP) TM Bhd

Sehubungan dengan itu, ingin kami memaklumkan, sepanjang aktiviti ini berlaku, keseluruhan aplikasi dan hubungan rangkaian ke Internet dan UMmail tidak dapat diakses dan digunakan sepenuhnya. 

Walaubagaimanapun, akses terhadap perkhidmatan atas talian dalaman yang selainnya dijangka tidak akan terjejas dan pengguna akan berupaya memperoleh capaian seperti biasa.

Kami berharap semua warga Universiti mengambil maklum tentang perkara seperti yang dimaklumkan. 

Kami di Pusat Teknologi Maklumat Universiti Malaya sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk seluruh warga Universiti Malaya. 

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. 

Sekian, terima kasih.

 

____________________________________________________________________________________________

 

To all campus community

This is to inform that the Centre of IT will be doing maintenance works at the core network equipment. Details are as follows : 

Date / Day :                        28th September 2018 (Friday) 

Time :                                  9:00PM  – 11:00PM 

Activity :                             Maintenance works performed by campus's Internet Service Provider (ISP)

In this regard, we would like to inform you that during this activity takes place, the entire application and network connection to the Internet and UMmail are expected to be inaccessible.

However, access to internal online services is unlikely to be affected, and users will be able to obtain access as usual.

We, in PTM are committed to give the best service to the campus community. 

We apologize for any inconvenience. 

Thank you.