Notis Kemungkinan Gangguan Perkhidmatan ICT Susulan Gangguan Bekalan Elektrik Di Bangunan Baru & Lam

Pihak JPPHB akan menutup bekalan elektrik ke PTM bagi menguji sistem janakuasa tunggu sedia (genset). Adalah dijangkakan tiada gangguan ke atas perkhidmatan ICT seperti sistem aplikasi, rangkaian dan Internet. Sungguhpun begitu PTj dinasihatkan mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan impak andai terjadinya gangguan ke atas perkhidmatan ICT.

Berikut adalah tarikh pengujian :

  • Bangunan Baru PTM akan dilakukan pada:
    Tarikh: 27/09/2018 (Khamis)
    Masa: 11.00 pagi sehingga 11.30 pagi (30 minit)
     
  • Bangunan Lama PTM akan dilakukan pada:
    Tarikh: 29/09/2018 (Sabtu)
    Masa: 10.00 pagi sehingga 10.30 pagi (30 minit)