NOTIS PEMOTONGAN YURAN BAGI PELAJAR DIBAWAH PEMBIAYAAN PTPTN (IJAZAH DASAR)
Semua Pelajar Ijazah Dasar di bawah pembiayaan PTPTN,

Adalah dimaklumkan bahawa pelajar telah menerima wang pembiayaan PTPTN pada 23/02/2018 (Jumaat) yang lalu. Jabatan Bendahari telah melakukan penolakan yuran untuk Yuran Pengajian, Yuran Penginapan dan jumlah sebenar untuk yuran yang tertunggak (sekiranya ada). Pengemaskinian dalam akaun MYUM pelajar akan dibuat secara berperingkat antara 26 Februari 2018 hingga 5 Mac 2018.

 Sehubungan dengan itu, pelajar dinasihatkan menyemak penyata akaun di MYUM dari semasa ke semasa untuk memastikan Yuran Pengajian telah dicaj. Sila ambil maklum bahawa:
  • Jika jumlah penolakan PTPTN adalah kurang daripada jumlah yuran sebenar, pelajar dikehendaki menjelaskan baki tunggakan kepada Universiti atau;
  • Jika jumlah penolakan PTPTN adalah melebihi jumlah yuran sebenar, Jabatan Bendahari akan memulangkan wang tersebut kepada pelajar.
  • Pelajar juga dinasihati untuk menjelaskan yuran penginapan atau apa-apa tunggakan yuran dengan kadar segera.

Terima kasih.