NOTIS PEMOTONGAN YURAN BAGI PELAJAR DIBAWAH PEMBIAYAAN PTPTN (IJAZAH DASAR)
Semua Pelajar Ijazah Dasar di bawah pembiayaan PTPTN,

Adalah dimaklumkan bahawa pelajar telah menerima wang pembiayaan PTPTN pada 8/2/2017 yang lalu. Jabatan Bendahari telah melakukan penolakan yuran (anggaran) untuk Yuran Pengajian dan jumlah sebenar untuk yuran yang tertunggak (sekiranya ada).
 
Untuk makluman pelajar, potongan yang dibuat adalah untuk anggaran yuran pengajian sahaja dan TIDAK TERMASUK yuran penginapan.
 
Anggaran penolakan ini dilakukan berikutan tempoh pendaftaran yang masih berlangsung sehingga 25/2/2017. Sehubungan dengan itu, pelajar dinasihatkan menyemak penyata akaun di MYUM bermula minggu ke-3 Kalendar Akademik bagi semester 2 2016/2017 untuk memastikan Yuran Pengajian telah dicaj. Sila ambil maklum bahawa:

  1. Jika jumlah penolakan PTPTN adalah kurang daripada jumlah yuran sebenar, pelajar dikehendaki menjelaskan baki tunggakan kepada Universiti atau;
  2. Jika jumlah penolakan PTPTN adalah melebihi jumlah yuran sebenar, Jabatan Bendahari akan memulangkan wang tersebut kepada pelajar.
Pelajar juga dinasihati untuk menjelaskan yuran penginapan dengan kadar segera.
 
Terima kasih.
 
MOHD ANIES SAZALI
PENOLONG BENDAHARI KANAN
BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR
JABATAN BENDAHARI