Increase text size Restore default font-sizes Decrease text size
PENGISIAN JAWATAN MAJLIS TERTINGGI FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA (FESKUM) TAHUN 2015 EmailConvert to pdf


Sukacita Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) mempelawa semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaya yang berkelayakan untuk memohon jawatan Majlis Tertinggi Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) tahun 2015. Syarat kelayakan pemohon adalah seperti berikut:-
 
 JAWATAN YANG DIBUKA

  1. Pengarah
  2. Timbalan Pengarah
  3. Setiausaha
  4. Bendahari

SYARAT-SYARAT

  1. Pelajar Ijazah Sarjana Muda dan berstatus aktif sahaja
  2. Tahun 2 dan ke atas
  3. PNG & PNGK semasa 3.00 dan ke atas
  4. Mempunyai pengalaman sebagai Pengarah, Timbalan Pengarah, Setiausaha, Bendahari projek atau setaraf sama ada di peringkat kolej kediaman, persatuan badan pelajar, fakulti atau universiti
  5. Mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan dwi-bahasa
  6. Tidak mempunyai rekod tatatertib; dan
  7. Boleh memimpin dan merancang organisasi di bawah pemantauan minimal.

     

Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Aras 2, Blok E, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya mulai 27 April 2015 (Isnin) atau muat turun di sini. Berikut turut dilampirkan muat turun Senarai Semak Borang Permohonan bagi membantu pihak saudara/i melengkapkan borang permohonan tersebut.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) sebelum atau pada jam 5.00 petang, 15 Mei 2015 (Jumaat). Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi En. Mohd Hairil Zainal Abidin melalui email hairilzainal@um.edu.my atau di talian 03-7967 3548.

Sekian, dimaklumkan.

Yang benar,

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI
UNIVERSITI MALAYA




Back to News
SEARCH
IMPORTANT NOTES
Campus Safety Tips
Kes Gangguan Seksual
UM Students ICT Declaration
Application Form : Permission to Travel (Overseas) For UM Students
TAKE NOTE
Tiada berita terkini.
USEFUL LINKS
 
SERVICES
Wireless Bursaries Related Information
Progress Report UM Library
Sticker Online Course Timetable
Course Offer e-Zamalah
Online Career Library Customer`s Feedback
SmartCard Online Directional Sign Boards Online
Postgraduate Fee Calculator E-Payment (FPX & Credit Card)
QUICK LINKS
Flywire (International Student Epayment) e-Registration for Undergraduate HEP Website
e-Registration for Postgraduate UM Website UM Alumni
Siswa Mail IPS Homepage e-Learning@UM
MyLine UM CTES UM Helpdesk
HEPA Bus Booking
CONTACT US
Email: umisis@um.edu.my
 
Centre for Information Technology (PTM),
University of Malaya,
50603, Kuala Lumpur, MALAYSIA
 
 
 
 
Copyright © 2019 Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Privacy Policy  ·   Site Credits  ·   Disclaimer  ·   Security Policy