Increase text size Restore default font-sizes Decrease text size
PERMOHONAN DAN PENGELUARAN PELEKAT KENDERAAN PELAJAR BAGI SESI 2019/2020 EmailConvert to pdf

Sukacita dimaklumkan bahawa Kaunter Perkhidmatan, Pejabat Keselamatan akan mula mengeluarkan pelekat kenderaan bagi Sesi 2019/2020 kepada semua pelajar yang layak memohon pelekat mulai hari Rabu, 2 Oktober 2019. Sehubungan itu, penggunaan pelekat kenderaan sesi 2018/2019 adalah telah tamat tempoh dan pelajar perlu mendapatkan pelekat kenderaan baru (Sesi 2019/2020) bagi menggunakan kenderaan di dalam kampus.

 

Masa berurusan di kaunter adalah seperti berikut: 

Isnin - Khamis     : 8.30 pagi - 5.00 petang

Jumaat                 : 8.30 pagi - 12.15 tengahari  

                              : 2.45 petang - 5.00 petang

 

Kadar Bayaran Pelekat Kenderaan

Bilangan Pelekat

Kadar

Satu pelekat sahaja

 (sama ada motosikal atau kereta)

RM3.00

 

Peraturan Permohonan

i. Pelajar Asasi Sains dan Pelajar Tahun Pertama tidak dibenarkan memohon pelekat kenderaan.

ii. Pelajar Tahun Dua hanya dibenarkan memohon satu pelekat motosikal sahaja.

iii. Pelajar Tahun Tiga, Pelajar Tahun Akhir dan Pelajar Ijazah Tinggi hanya dibenarkan memohon satu pelekat kenderaan sahaja sama ada motosikal atau kereta.

 

Pelajar UM yang memohon pelekat kenderaan perlu membayar RM3.00 dan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

i) Kad matrik pelajar yang asal dan sah

ii) Salinan lesen memandu pelajar yang sah

iii) Salinan dokumen pendaftaran kenderaan (geran) atas nama pelajar atau ibu/bapa pelajar  tersebut

iv) Salinan polisi insurans yang sah

v) Surat kebenaran waris jika kenderaan tersebut bukan milik pelajar

 

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara di atas talian melalui Portal MyUM – Portal Pelajar. Walau bagaimanapun, pelekat tersebut hanya boleh diambil oleh pelajar di Pejabat Keselamatan di Blok C, Kolej Kediaman Keduabelas mulai hari Rabu, 2 Oktober 2019.

Anda tidak perlu mencetak borang permohonan tersebut.

 

Kaedah Pembayaran 

Pelajar yang layak memohon pelekat diminta membayar secara atas talian https://epay.um.edu.my/payment/pay/26

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah menghubungi  Unit Logistik & Pelekat Pejabat  Keselamatan di talian 03-7967 3452. 

Perhatian dan kerjasama daripada anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian, harap maklum.




Back to News
SEARCH
IMPORTANT NOTES
Campus Safety Tips
Kes Gangguan Seksual
UM Students ICT Declaration
Application Form : Permission to Travel (Overseas) For UM Students
TAKE NOTE
Tiada berita terkini.
USEFUL LINKS
 
SERVICES
Wireless Bursaries Related Information
Progress Report UM Library
Sticker Online Course Timetable
Course Offer e-Zamalah
Online Career Library Customer`s Feedback
SmartCard Online Directional Sign Boards Online
Postgraduate Fee Calculator E-Payment (FPX & Credit Card)
QUICK LINKS
Flywire (International Student Epayment) e-Registration for Undergraduate HEP Website
e-Registration for Postgraduate UM Website UM Alumni
Siswa Mail IPS Homepage e-Learning@UM
MyLine UM CTES UM Helpdesk
HEPA Bus Booking
CONTACT US
Email: umisis@um.edu.my
 
Centre for Information Technology (PTM),
University of Malaya,
50603, Kuala Lumpur, MALAYSIA
 
 
 
 
Copyright © 2019 Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Privacy Policy  ·   Site Credits  ·   Disclaimer  ·   Security Policy