Increase text size Restore default font-sizes Decrease text size
TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SESI KEDUA TAHUN 2011
Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (lPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa bagi Sesi Kedua Tahun 2011 bermula pada 8 Ogos 2011 (lsnin).
 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
  1. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  2. Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  3. Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau
  4. Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

(i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (lPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ljazah Lanjutan).

(ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' Negeri Selangor:

Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.

Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:

IJAZAH PERTAMA
  • Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

DIPLOMA
  • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
  • Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

SIJIL (IPTA)

  • Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.
 
SIJIL (bidang kemahiran & teknikal sahaja)

  • Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM;


KADAR PINJAMAN YANG DITAWARKAN

Kadar Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor (Setahun) yang ditawarkan adalah seperti berikut:
* Ijazah (Perubatan) - RM7,000.00
* Ijazah (Lain-lain) - RM6,500.00
* Diploma - RM4,900.00
* Sijil - RM4,000.00

Nota: Kadar tajaan pinjaman ini adalah terpakai bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan



PROSEDUR PERMOHONAN

Permohonan adalah secara atas talian / online sahaja.

Sila layari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor http://tkwbns.selangor.gov.my  dan sekiranya memerlukan informasi  tambahan, hubungi:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Unit Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salah uddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-5521 2275 I 5544 7543.

Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Negeri Selangor www.selangor.gov.my.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 Oktober 2011

__________________________

Biasiswa/Pinjaman & Insurans
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Malaya


SEARCH
IMPORTANT NOTES
Campus Safety Tips
Kes Gangguan Seksual
UM Students ICT Declaration
Application Form : Permission to Travel (Overseas) For UM Students
TAKE NOTE
Tiada berita terkini.
USEFUL LINKS
 
SERVICES
Wireless Bursaries Related Information
Progress Report UM Library
VPN Service Sticker Online
Course Timetable Course Offer
e-Zamalah Online Career Library
Customer`s Feedback SmartCard Online
Directional Sign Boards Online Postgraduate Fee Calculator
E-Payment (FPX & Credit Card)
QUICK LINKS
Flywire (International Student Epayment) e-Registration for Undergraduate HEPA Website
e-Registration for Postgraduate UM Website UM Alumni
Siswa Mail IPS Homepage e-Learning@UM
MyLine UM CTES UM Helpdesk
HEPA Bus Booking
CONTACT US
Email: umisis@um.edu.my
 
Centre for Information Technology (PTM),
University of Malaya,
50603, Kuala Lumpur, MALAYSIA
 
 
 
 
Copyright © 2019 Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Privacy Policy  ·   Site Credits  ·   Disclaimer  ·   Security Policy