Increase text size Restore default font-sizes Decrease text size
BIASISWA HAJAR ZAINUDDIN
Biasiswa ini diwujudkan bagi meneruskan kesinambungan matlamat penubuhan Asrama Darul Hana di Alor Star, Kedah sejak tahun 1985 yang banyak berfungsi menyediakan penginapan untuk pelajar peringkat menengah di Maktab Mahmud, Alor Star, Kedah. Keinginan untuk memberi sumbangan dalam bidang pendidikan diteruskan lagi dengan memberi sumbangan kepada pelajar Universiti Malaya dalam bentuk anugerah biasiswa. Objektif penubuhan Biasiswa Hajar Zainuddin ialah untuk memberi sokongan kepada pelajar wanita yang cemerlang dan berasal dari keluarga berpendapatan rendah untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Ekonomi dan Kejuruteraan di Universiti Malaya.

 

Bidang Pengajian
  • Sarjana Muda Ekonomi
  • Sarjana Muda Kejuruteraan

Syarat Kelayakan
  • Mestilah seorang perempuan beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berada dalam tahun kedua pengajian pada sesi 2011/2012.
  • Memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.5 ke atas.
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan dan boleh berinteraksi dengan baik.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan.
  • Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  • Keutamaan akan diberikan kepada anak yatim.
  • Belum menerima tajaan biasiswa/pinjaman. Sekiranya telah menerima tajaan, tajaan yang sedia ada perlu dibatalkan.
Kadar Biasiswa
  • Kadar biasiswa ialah sebanyak RM3,300.00 bagi satu semester sepanjang tempoh minimum pengajian.                                                                                                                                                                         

Cara Memohon
  • Borang permohonan boleh didapati di http://umisisweb.um.edu.my atau http://hep.um.edu.my   
  • Borang yang telah lengkap diisi dengan disertakan salinan dokumen sokongan yang telah disahkan benar hendaklah dikembalikan ke Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya.

Tarikh Tutup Permohonan
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 September 2011.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak.
  • Pelajar yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
  • Calon yang berjaya akan diberitahu melalui surat.

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah :


SEARCH
IMPORTANT NOTES
Campus Safety Tips
Kes Gangguan Seksual
UM Students ICT Declaration
Application Form : Permission to Travel (Overseas) For UM Students
TAKE NOTE
Tiada berita terkini.
USEFUL LINKS
 
SERVICES
Wireless Bursaries Related Information
Progress Report UM Library
VPN Service Sticker Online
Course Timetable Course Offer
e-Zamalah Online Career Library
Customer`s Feedback SmartCard Online
Directional Sign Boards Online Postgraduate Fee Calculator
E-Payment (FPX & Credit Card)
QUICK LINKS
Flywire (International Student Epayment) e-Registration for Undergraduate HEPA Website
e-Registration for Postgraduate UM Website UM Alumni
Siswa Mail IPS Homepage e-Learning@UM
MyLine UM CTES UM Helpdesk
HEPA Bus Booking
CONTACT US
Email: umisis@um.edu.my
 
Centre for Information Technology (PTM),
University of Malaya,
50603, Kuala Lumpur, MALAYSIA
 
 
 
 
Copyright © 2019 Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Privacy Policy  ·   Site Credits  ·   Disclaimer  ·   Security Policy