Increase text size Restore default font-sizes Decrease text size
TAWARAN BIASISWA SUKAN 2011
BIASISWA SUKAN
Biasiswa Sukan ini adalah merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.
 
Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
 
Biasiswa Sukan ditawarkan kepada atlet-atlet yang mengikuti pengajian bagi kursus dalam Negara yang diiktiraf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merangkumi IPT Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja.
 
Penerima Biasiswa Sukan ini tidak mempunyai kaitan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan Negara apabila tamat pengajian kelak.

OBJEKTIF

Program ini mempunyai objektif seperti berikut:
  • Menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT.
  • Untuk memastikan atlet pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik.
  • Menyediakan galakan dalam bentuk pemberian peralatan insentif pencapaian sukan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DAN PEMILIHAN CALON
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak melebihi45 tahun bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Dr. Falsafah;
3. Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Lanjutandari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan;
4. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu :
  • Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT.
  • Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas di mana-mana IPT.
5. Masih dan bergiat aktif sebagai atlet dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri dalam Sukan Malaysia (SUKMA) atau Kejohanan Kebangsaan sebelum tarikh tutup permohonan.
6. Calon-calon yang telah berjaya dalam pemilihan Biasiswa Sukan ini akan dikategorikan seperti berikut:

BIL
KATEGORI
BUTIRAN
i.
KATEGORI 1 (ATLET ELIT ANTARABANGSA)
  1. mewakili negara dalam Sukan Olimpik
  2. mewakili negara dalam kejohanan bertaraf dunia yang diiktiraf;
  3. mendapat pingat di Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Universiti Dunia; atau
  4. mendapat pingat emas di Sukan SEA.
ii.
KATEGORI 2 (ATLET SENIOR/JUNIOR ANTARABANGSA)
  1. mewakili negara di Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan SEA atau Sukan Universiti Dunia;
  2. atlet yang belum disenaraikan sebagai atlet elit atau merupakan atlet pelapis negara dan mewakili negara
  3. bagi pertandingan sukan bertaraf dunia peringkat umur yang diiktiraf;
  4. mendapat pingat di peringkat kejohanan Asia/Komanwel yang diiktiraf; atau
  5. Mendapat pingat di peringkat Asian University Sport Federation (AUSF).
iii.
KATEGORI 3 (ATLET KEBANGSAAN)
  1. mewakili negara di peringkat Asia/Komanwel yang diiktiraf;
  2. atlet yang mendapat pingat emas di SUKMA;
  3. mewakili negara di peringkat AUSF; atau
  4. mendapat pingat Emas di Sukan Universiti ASEAN (SUA).
iv.
KATEGORI 4 (ATLET IPT/NEGERI)
  1. atlet yang pernah mewakili negara di kejohanan antarabangsa dan masih lagi bergiat aktif mewakili IPT;
  2. atlet yang bertanding di SUKMA dan mendapat pingat
  3. atlet negeri yang turut mewakili IPT di peringkat kebangsaan dan mendapat pingat; atau
  4. atlet yang bertanding di SUA dan mendapat pingat.

ELAUN DAN KEMUDAHAN
Elaun dan kemudahan yang akan diterima oleh penerima Biasiswa Sukan KPT adalah:
  • Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.
  • Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan amali/kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
  • Elaun Insentif Pencapaian Sukan mengikut kategori yang ditetapkan.
    Kategori 1 (Atlet Elit Antarabangsa)
    RM 1000 sebulan
    Kategori 2 (Atlet Senior/Junior Antarabangsa)
    RM 500 sebulan
    Kategori 3 (Atlet Kebangsaan)
    RM 250 sebulan
  • Elaun Peralatan Sukan RM1000 setahun
TEMPOH PENAJAAN
PERINGKAT PENGAJIAN
TEMPOH MAKSIMUM PENAJAAN
Diploma
5 tahun
Ijazah
6 tahun
Sarjana 4 tahun
PhD 6 tahun

KAEDAH PERMOHONAN
a.Tawaran ini hanya dibuka sekali setahun. Hebahan tawaran akan diumumkan melalui laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja.
b.Setiap pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan. Pemohon boleh membuat kemaskini sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 19 OGOS 2011. SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA boleh dibuat mulai 12 - 18 SEPTEMBER 2011 (tertakluk kepada pindaan).
c.Pemohon yang layak ke panggilan temuduga sahaja perlu membawa bersama DUA (2) salinan cetakan permohonan yang telah disahkan oleh PEGAWAI SUKAN DARI PUSAT SUKAN IPT masing-masing dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.
d.Permohonan yang tidak lengkap secara automatik tidak akan dipertimbangkan permohonannya.


PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
 
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 2, NO 2, JALAN P5/6,
PRESINT 5,
62200 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
(u.p. : Encik Azwan / Encik Tony / Encik Khuzaimi)
TEL : 03-8870 4794 / 4779 / 6143
FAKS : 03-89394303
Emel : azwan.a@mohe.gov.my / khuzaimi@mohe.gov.my / tony@mohe.gov.my


SEARCH
IMPORTANT NOTES
Campus Safety Tips
Kes Gangguan Seksual
UM Students ICT Declaration
Application Form : Permission to Travel (Overseas) For UM Students
TAKE NOTE
Tiada berita terkini.
USEFUL LINKS
 
SERVICES
Wireless Bursaries Related Information
Progress Report UM Library
VPN Service eProcurement
Sticker Online Course Timetable
Course Offer e-Zamalah
Online Career Library Customer`s Feedback
SmartCard Online Directional Sign Boards Online
Postgraduate Fee Calculator E-Payment (FPX & Credit Card)
QUICK LINKS
Flywire (International Student Epayment) e-Registration for Undergraduate HEPA Website
e-Registration for Postgraduate UM Website UM Alumni
Siswa Mail IPS Homepage e-Learning@UM
MyLine UM CTES UM Helpdesk
HEPA Bus Booking
CONTACT US
Email: umisis@um.edu.my
 
Centre for Information Technology (PTM),
University of Malaya,
50603, Kuala Lumpur, MALAYSIA
 
 
 
 
Copyright © 2019 Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Privacy Policy  ·   Site Credits  ·   Disclaimer  ·   Security Policy