Increase text size Restore default font-sizes Decrease text size
TAWARAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA SESI 2011/2012
Permohonan adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak bagi mengikuti kursus-kursus di peringkat Ijazah Sajana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan bagi sesi pengajian 2011/2012.

A. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Mendapat tawaran kemasukan atau mengikut pengajian bagi kursus-kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan secara sepenuh masa KECUALI kursus Doktor Perubatan, Pembedahan dan Pergigian;
2. Sedang dan akan mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA;
3. Merupakan Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Sarawak;
4. TIDAK mendapat sebarang penajaan atau pinjaman daripada mana-mana agensi lain;
5. TIDAK mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Swasta; dan
6. Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima Separuh Gaji atau Bergaji Penuh adalah TIDAK LAYAK memohon.

B. CARA MEMOHON

Semua pennohonan hendaklah dikemukakan SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE) melalui di laman web seperti berikut:
 
I. http://www.sarawak.gov.my
II. http://escholarship.sarawak.gov.my
III. http://www.psc.sarawak.gov.my


C. DOKUMEN-DOKUMEN
Permohonan secara dalam talian yang telah diisi hendaklah lengkap dan tepat seperti yang tercatat dalam dokumen dan sijil asal.
 
Pemohon yang berjaya dipanggil temuduga DIWAJIBKAN untuk membawa bersama salinan asal DAN satu salinan fotokopi dokumen dan sijil yang berkaitan seperti yang telah DISAHKAN SEPERTI SALINAN ASAL dikemukakan kepada urusetia:
 
a. Salinan cetak borang permohonan secara dalam talian (Online Form);
b. Sekeping gambar berukuran paspot;
c. Kad pengenalan (MyKad);
d. Sijil kelahiran;
e. Salinan bank akaun/surat pengesahan akaun bank pemohon;
f. Slip gaji/penyata pendapatan ibu bapalpenjaga (sila rujuk iklan di lam an web);
g. Surat Tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan (disahkan oleh Hal Ehwal Pelajar Institusi masing-masing);
h. Slip Elaun BersaralPenyata Pencen (jika berkenaan);
i. Sijil Kematian ibubapalSurat Asal Perakuan Cerai (jika berkenaan);
j. Sijil Kelulusan persekolahan: SPM/SPMV, STPM;
k. Sijil Akuan Ko-Kurikulum; dan
I. Salinan dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti:
(a) Sijil pendaftaran pemohon kurang upaya (OKU)/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan MasyarakatIProgram Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan) dan lain-lain.


D. TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan adalah dari 30 Julai 2011 (Sabtu) sehingga 28 Ogos 2011 (Ahad).

-------------------
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak


SEARCH
IMPORTANT NOTES
Campus Safety Tips
Kes Gangguan Seksual
UM Students ICT Declaration
Application Form : Permission to Travel (Overseas) For UM Students
TAKE NOTE
Tiada berita terkini.
USEFUL LINKS
 
SERVICES
Wireless Bursaries Related Information
Progress Report UM Library
VPN Service Sticker Online
Course Timetable Course Offer
e-Zamalah Online Career Library
Customer`s Feedback SmartCard Online
Directional Sign Boards Online Postgraduate Fee Calculator
E-Payment (FPX & Credit Card)
QUICK LINKS
Flywire (International Student Epayment) e-Registration for Undergraduate HEPA Website
e-Registration for Postgraduate UM Website UM Alumni
Siswa Mail IPS Homepage e-Learning@UM
MyLine UM CTES UM Helpdesk
HEPA Bus Booking
CONTACT US
Email: umisis@um.edu.my
 
Centre for Information Technology (PTM),
University of Malaya,
50603, Kuala Lumpur, MALAYSIA
 
 
 
 
Copyright © 2019 Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Privacy Policy  ·   Site Credits  ·   Disclaimer  ·   Security Policy