Increase text size Restore default font-sizes Decrease text size
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN
BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dihadiahkan BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN. Bantuan Pelajaran ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Bantuan ini khusus untuk pelajar yang berasal daripada keluarga miskin untuk menampung kos sara hidup pelajar semasa di IPTA. Dengan demikian penerima akan dipilih daripada pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam Negara yang berasal daripada keluarga miskin dan daif.
 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(i) Warganegara Malaysia.

(ii) Sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama di IPTA tempatan.
 
(iii) Berlatarbelakang keluarga miskin*.

*Keutamaan diberi kepada pelajar yang ketua keluarganya telah mendaftar dalam sistem e-kasih Jabatan Perdana Menteri.


KADAR BANTUAN


Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan secara muktamad dan mutlak oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR. Sumbangan akan diberi dalam bentuk bayaran terus kepada pelajar.


PENGESAHAN PENDAPATAN KELUARGA


Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh seorang Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibu bapa/penjaga) yang benar-benar mengenali keluarga pemohon.


PERMOHONAN

Layari laman web www.yayasantar.org.my untuk memuat turun Borang Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman. Semua permohonan mesti diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti anda.

Tarikh tutup permohonan : 15 Oktober 2011

  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.
  • Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.


SEARCH
IMPORTANT NOTES
Campus Safety Tips
Kes Gangguan Seksual
UM Students ICT Declaration
Application Form : Permission to Travel (Overseas) For UM Students
TAKE NOTE
Tiada berita terkini.
USEFUL LINKS
 
SERVICES
Wireless Bursaries Related Information
Progress Report UM Library
VPN Service eProcurement
Sticker Online Course Timetable
Course Offer e-Zamalah
Online Career Library Customer`s Feedback
SmartCard Online Directional Sign Boards Online
Postgraduate Fee Calculator E-Payment (FPX & Credit Card)
QUICK LINKS
Flywire (International Student Epayment) e-Registration for Undergraduate HEPA Website
e-Registration for Postgraduate UM Website UM Alumni
Siswa Mail IPS Homepage e-Learning@UM
MyLine UM CTES UM Helpdesk
HEPA Bus Booking
CONTACT US
Email: umisis@um.edu.my
 
Centre for Information Technology (PTM),
University of Malaya,
50603, Kuala Lumpur, MALAYSIA
 
 
 
 
Copyright © 2019 Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Privacy Policy  ·   Site Credits  ·   Disclaimer  ·   Security Policy